Program Maxis eKelas 2019 (Penggal 1)

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 & 16 Mac yang lalu, telah berlangsung Program Maxis eKelas 2019 bersama komuniti PA DBKL Desa Rejang dari Tahun 6 sehingga Tingkatan 5. Kelas telah diadakan selama 2 hari, bermula hari Jumaat petang sehingga pukul 6 petang pada hari Sabtu. EKelas ini menawarkan tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Pada minggu ini pelajar menduduki ujian untuk menukur tahap pemahaman sepanjang penggal pertama persekolahan. Pelajar dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan dalam mata pelajaran selepas menduduki ujian. Program eKelas akan berehat pada cuti persekolahan dan akan bersambung kembali selepas sekolah bermula.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali